AR Rumah Melayu Tradisional Johor

AR
AR Rumah Melayu Tradisional Johor pentadbir laman 22 October 2021
LAWATAN MAYA

AR Rumah Melayu Tradisional Johor

Bentuk rumah Melayu tradisi yang terdapat di negeri Johor terdiri daripada gabungan bentuk rumah tradisi iaitu Jawa, Bugis, Banjar dan Palembang. Bentuk rekaan yang terkenal ialah Rumah Bumbung Limas yang berkembang secara pesat bermula pada abad ke-19. 

Kebanyakan rumah tersebut menyerupai rumah tradisional orang-orang Palembang. Bentuk awal rumah ini dikenali sebagai Limas Perabung Lima, iaitu bumbungnya memakai lima buah perabung, terdiri satu perabung terus mendatar bersambung dengan empat perabung menurun ke cucur atap. Binaan bumbung berbentuk piramid ini dipanggil limas.

Sumber: Aznan. (2018b). Traditional Malay Johor house at the Malacca Mini Malaysia Park. [Photograph].