AR Rumah Melayu Tradisional Terengganu

AR
AR Rumah Melayu Tradisional Terengganu pentadbir laman 24 October 2021
LAWATAN MAYA

AR Rumah Melayu Tradisional Terengganu

Rumah tradisional Terengganu ialah rumah bujang berselasar (serambi) mempunyai keunikan tersendiri. Rumah ini biasanya diperbuat daripada kayu cengal berlantaikan kayu seraya, bertiang 12 manakala lantainya berpasak dan berselak. 

Rumah bujang berselasar lazimnya berbumbung panjang dengan papan pemeleh dan beralas atap singgora. Secara tidak langsung, binaannya menampilkan tekstur menarik selain identitinya turut terletak pada struktur tiang dan ruang selasar, rumah ibu dan dapur. 

Sesuai dengan namanya bujang, rumah ini tidak mempunyai bilik sebaliknya hanya mempunyai ruang luas (rumah ibu). Ini kerana masyarakat Melayu mementingkan perjumpaan atau berkumpul untuk majlis keramaian dan keagamaan.

Sumber: Aznan. (2020). View of beautiful Terengganu-style traditional Malay house at Terrapuri Heritage Village resort. [Photograph].