AR Rumah Melayu Tradisional Melaka

AR
AR Rumah Melayu Tradisional Melaka pentadbir laman 24 October 2021
LAWATAN MAYA

AR Rumah Melayu Tradisional Melaka

Rumah tradisional Melaka menjadi lambang kedudukan pemiliknya termasuk ketinggian peribadi dan jati diri mereka. Kebanyakan rumah tradisional di Melaka dibina menggunakan kayu terbaik dan terpilih dengan konsep rumah bertiang, berlantai tinggi dari tanah, berbumbung lipat kajang dan bertebar layar. Kayu yang sering digunakan ialah meranti, cengal, belian, resak, tembusu dan merang. Keindahan dan keunikan seni bina rumah ini dianggap sebagai bayangan reka bentuk Istana Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Sumber: Aznan. (2019). The Hang Tuah Centre in Kampung Duyong, Melaka.

View of the Hang Kasturi Malacca-style traditional Malay house. [Photograph].