AR Rumah Melayu Tradisional Negeri Sembilan

AR
AR Rumah Melayu Tradisional Negeri Sembilan pentadbir laman 24 October 2021
LAWATAN MAYA

AR Rumah Melayu Tradisional Negeri Sembilan

Rumah tradisional di Negeri Sembilan terkenal dengan reka bentuk bumbungnya yang melentik di hujung. Rekabentuk ini menyamai rumah Minangkabau. Hal ini kerana kebanyakan penduduk asal Negeri Sembilan  berketurunan Minangkabau. 

Rumah tradisional Negeri Sembilan dibina menggunakan kaedah pasak dan tanggam tanpa menggunakan paku. Ruang depan bermula dengan serambi rumah atau ruang tamu. Bahagian kedua dalam rumah Negeri Sembilan ialah ruang loteng yang merupakan tempat simpanan barang-barang dan ruang ini terletak di rumah ibu. Antara bahagian rumah yang lain ialah kolek anak. Bumbung rumah ini mempunyai reka bentuk yang rata dan bahagian hujung yang melentik. 

Rekaan dinding rumah Negeri Sembilan pula mempunyai variasi mengikut kemampuan masyarakat. Antara jenis dinding rumah tradisional di Negeri Sembilan ialah dinding sisik tenggiling, papan tengah berlidah, papan serong berlidah, apit-apit, pelupuh, anyam beremban dan kulit kepong.

Sumber: Aznan. (2017). Malay Heritage Museum aka Muzium Warisan Melayu at Serdang, Selangor featuring the Negeri Sembilan traditional Malay wooden house. [Photograph].