AR Rumah Melayu Tradisional Melaka
Rumah tradisional Melaka menjadi lambang kedudukan pemiliknya termasuk ketinggian peribadi dan jati diri mereka. Kebanyakan rumah tradisional di Melaka dibina menggunakan kayu terbaik dan terpilih dengan konsep rumah bertiang, berlantai tinggi dari tanah, berbumbung lipat kajang dan bertebar layar. Kayu yang sering digunakan ialah meranti, cengal, belian, resak, tembusu dan merang. Keindahan dan keunikan seni bina rumah ini dianggap sebagai bayangan reka bentuk Istana Kesultanan Melaka pada abad ke-15.
Sumber: Aznan. (2019). The Hang Tuah Centre in Kampung Duyong, Melaka.
View of the Hang Kasturi Malacca-style traditional Malay house. [Photograph].
Rumah Tradisional Melaka merupakan rumah tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat Melayu bercirikan bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin.
‘Tangga batu’ merupakan antara ciri utama rumah tradisional Melayu Melaka di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik. Halaman rumah tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga.